Salam Sejahtera 

KOPERASI USAHAWAN SEJAHTERA MAJU BERHAD KINI DITUBUHKAN.......

Sebuah lagi Koperasi yang bernaung di bawah sayap Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah ditubuhkan. Penubuhan ini berasaskan gabungan idea dan kesedaran warga bekas pelajar Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang (USM) yang kumpulan pengasasnya terdiri dari bekas pelajar-pelajar USM sesi 1974-1983. Sebahagian besar ahli kumpulan pengasas ini telah bersara dan akan bersara. Ahli-ahli ini terdiri dari pelbagai latar belakang kerjaya dan perkhidmatan yang rata-ratanya adalah pegawai-pegawai tinggi sektor awam dan tokoh-tokoh korporat yang berjaya. Melalui Koperasi ini, kami menyediakan platform berasaskan perniagaan yang bertujuan mengambil bahagian yang aktif dalam bidang ini untuk disambung oleh generasi akan datang. KUSM percaya bahawa dengan pencapaian ekonomi yang cemerlang akan memberi manfaat kepada seluruh ahli.

 

INFO PENTING DARI SKM:

Koperasi Usahawan Sejahtera Maju Berhad ditubuhkan dan didaftar secara rasminya pada 20 April 2016 dengan No. Pendaftaran SKM.KN.06/045/04 Jld. 29(87), beralamat di Kg Telok Baharu, Lundang, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
 
KUMPULAN PENGASAS KUSM 15 MEI 2016
SUTRA INN KOTA BHARU KELANTAN
 
 
MESYUARAT AGONG PERTAMA KUSM
~~~~~~~~~~~~~~~~
TARIKH: 23 JULAI 2016
MASA: 2.30 PETANG
TEMPAT: SUTERA INN KOTA BHARU, KELANTAN
 
KETETAPAN:-
  1. YURAN MASUK AHLI: RM20.00
  2. SAHAM:
  • HARGA SEUNIT: RM10.00
  • BELIAN MINIMUM 10 UNIT: RM100.00
  • BELIAN MAKSIMUM: TIADA HAD
 
(UNTUK BAYARAN YURAN DAN BELIAN SAHAM, AHLI DIMINTA MENGHUBUNGI BENDAHARI TN. HJ. ABD AZIZ CHE ALI 013-9210751)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Search site

Contact

EN. ILMIN ABDULLAH (Setiausaha) Lot 580 Kg. Telok Baharu, Lundang
Kota Bharu, Kelantan
15150
+60129889980

SEJARAH PENUBUHAN KUSM

PADA 3 APRIL 2016 YANG LALU, TERDAPAT PERBUALAN ANTARA AHLI GROUP WHATSAPP (USM78 81) BEKAS PELAJAR USM PULAU PINANG. HASIL PERBUALAN BERKENAAN TELAH TIMBUL IDEA UNTUK PENUBUHAN KOPERASI. BERMULA DARI SINILAH KOPERASI USAHAWAN SEJAHTERA MAJU BERHAD AKHIRNYA BERJAYA DIDAFTARKAN PADA 20 APRIL 2016
 


 

Jumlah Pelawat Web Ini